suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelap masa depan... Pesakit lelaki hilang zakar, dua organ gara-gara kecuaian hospital

Pesakit berhak mendapat pampasan sekiranya mereka mengalami cacat kekal akibat kesilapan hospital. -Gambar hiasan AI

SEBUAH hospital mengaku melakukan pembedahan membuang zakar seorang lelaki serta dua organ lain susulan kesilapan diagnosis.

Kesilapan mengejutkan itu berlaku di Hospital Skaraborg, Sweden pada 2023, namun hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Akibat kesilapan berkenaan, lelaki itu kehilangan zakarnya, selain pundi kencing dan kelenjar prostat.

Dia pada awalnya didiagnos menghidap kanser prostat, sedangkan penyakit sebenar yang dialaminya ialah kanser uretra.

Kesilapan itu menyebabkan lelaki berkenaan tidak mendapat rawatan sewajarnya selama tujuh bulan.

Pihak hospital kini mengakui pembedahan berkenaan mungkin tidak perlu dilakukan sekiranya diagnosis yang tepat diberikan lebih awal.

Dalam pada itu, mangsa menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang amat dikesali.

Dia turut menekankan kepentingan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Setakat ini, tindakan terhadap pakar patologi yang bertanggungjawab atas kesilapan diagnosis itu masih belum diputuskan.

Mengikut undang-undang Sweden, mangsa kesilapan diagnosis perubatan layak menuntut pampasan bagi kecacatan kekal, kesakitan, penderitaan atau kehilangan pendapatan. - Agensi.

 

Artikel Lain