Bakal calon perlu menyerahkan borang pencalonan kepada SPR bermula pukul 9 hingga 10 pagi. -Gambar hiasan
PROSES penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 berlangsung di seluruh negeri pada Sabtu, membabitkan sebanyak 82 kerusi yang dipertandingkan.Bakal calon perlu menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon yang ditetapkan. Proses itu berlangsung selama sejam, bermula pukul 9 hingga 10 pagi.Selepas pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding, tempoh berkempen selama 14 hari akan bermula sebelum hari pengundian pada 12 Disember.Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif, akan bertanding di semua 82 kerusi.Parti Bansa Dayak Sarawak menamakan 26 calon, DAP (14), Parti Bumi Kenyalang (12), Parti Bangsa Malaysia (tiga) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (satu), sementara sekurang-kurangnya dua calon Bebas menyatakan hasrat bertanding.PRN kali ini melibatkan 2,058,781 pengundi yang layak, terdiri daripada 2,034,373 pengundi biasa, 13,575 anggota tentera bersama pasangan serta 10,833 anggota polis dan pasangan. -The Star