suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayar deposit atau tidak? Ini tiga pertimbangan sebelum beli kereta, rupanya boleh jejas ‘scoring’ pinjaman

Rata-rata pembeli kereta akan meletakkan wang deposit sebagai pendahuluan. -Gambar hiasan AI

MEMBELI kereta memerlukan perancangan kewangan yang teliti, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komitmen bulanan untuk tempoh jangka panjang.

Antara perkara sering menjadi pertimbangan ialah sama ada mahu menyediakan wang pendahuluan (deposit) atau memilih pembiayaan penuh. 

Menerusi perkongsian seorang penasihat jualan kereta fendijualkereta di laman Threads, terdapat tiga perkara yang perlu difahami sebelum membuat keputusan.

1. Ada deposit, scoring pinjaman berpotensi lebih tinggi

Apabila pembeli menyediakan deposit, jumlah pinjaman yang perlu dimohon daripada bank menjadi lebih rendah. 

Situasi itu juga boleh membantu meningkatkan penilaian ataupun scoring permohonan pinjaman kerana jumlah pembiayaan yang diperlukan lebih kecil.

2. Jumlah faedah pinjaman lebih rendah

Pembayaran deposit turut membantu mengurangkan jumlah keseluruhan pinjaman. 

Apabila jumlah pembiayaan lebih kecil, jumlah faedah atau keuntungan bank yang perlu dibayar juga berpotensi menjadi lebih rendah.

3. Tiada deposit, simpanan tunai lebih terjaga

Bagi pembeli yang memilih untuk tidak menyediakan deposit, mereka tidak perlu mengeluarkan wang simpanan dalam jumlah besar daripada akaun bank, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mahupun Tabung Haji. 

Bagaimanapun, pembiayaan tanpa deposit bermakna jumlah pinjaman akan menjadi lebih tinggi dan berpotensi menyebabkan ansuran bulanan serta faedah keseluruhan meningkat.

Justeru, bakal pembeli perlu menilai kemampuan kewangan masing-masing sebelum membuat keputusan. 

Bahkan, kelulusan pinjaman juga bergantung kepada pendapatan, komitmen bulanan serta rekod kredit, bukan jumlah deposit semata-mata.

Artikel Lain